kawan baik cikparo! TEKAN...

Sunday, July 31, 2011

SEGMEN : KENANGAN BULAN RAMADHAN

salam Ramadhan..

sempena malam Ramadhan ni, cik paro nak joinla segmen yang dianjurkan oleh coklateyes..
Ia juga bertujuan bagi mengimbau kenangan bulan Ramadhan yang lepas..

RUN...
sebab masa dah nak tamat..sampai pukul 11 malam jerk ni..


jalan laju sikit cik paro!
masa dah time!

_____________________________

Cik paro sebenarnya tak ingat umur berapa start puasa..

6-10 tahun (kalau tak silap)

Sememangnya dugaan puasa masa kecik sangatlah tinggi..Balik sekolah dah la jalan kaki.Cuaca panas lah pulak.Balik je sekolah, mulalah cik paro bukak peti sejuk dan cari air yang ada terus minum..GLUP GLUP GLUP..hilang rasa haus..Then, buat macam biasa, macam orang puasa.

Pernah 1 hari, cakap dengan mak,

"mak, farah dah tak tahan la.."
"kalau tak tahan pergi buat air milo,nanti jangan buka sama!"

Start dari situ lah barulah bermula nak rajin puasa.Yela, mak tak buka sama,siapa tak mau..Baik tahan kan je..
Akak cik paro pun satu, dahlah masa tu dia 'uzur', selamba je makan depan cik paro.

"kak, akak tak puasa ea?'
"akak puasalah, tadi rasa je kuih ni, masak ke tak!"

mentang-mentang cik paro budak kecik, ditipunya bulat-bulat..Pernah juga cik paro, berendam dalam besin air lama-lama..memang syiok.mandi lama-lama.hilang rasa penat puasa.terokkan!Tapi...
Itu semua kenangan masa kecik..dah besar tak buat lagi dah..

______________________________________

18 tahun

mak cik paro meninggal sebulan sebelum bulan ramadhan menjelma..Yelah semasa umur cik paro 18 tahun..Hari pertama,sahur,buka tanpa ibu disisi..

Air mata mengalir tatkala azan berkumandang.Masa tu abah buka di surau.Kakak duduk dengan family dia, abang masa tu kak KL kerja.Tinggallah cik paro bersendirian..Masak untuk lauk berbuka sorang-sorang,tengok kanan, tengok kiri, semua tiada.sunyi sepi.Masa nak menyuapkan makanan di mulut, air mata berlinang..automatik..mana semua orang?!!

_____________________

tak nak lah korang bersedih pulak baca cerita terakhir cik paro ni..apa-apa pun..salam Ramadhan untuk semua!semoga Ramadhan kali ini penuh bermakna!


5 comments:

ILA HonEyBuNNy said...

sedihh lak baca ayat last tu...heheh

semua tu kenangan kan..

selamat berpuasa...;-)jangan lupa sahur eh..

kisah cik paro said...

jgn la sedih plak..
selamat berpuas!
you too..

SimplySeoul said...

sedih cik paro...selamat menjalani ibadah puasa cik paro.

kisah cik paro said...

simply: xmau sedih la..happy2 suda!

PeRmAtA bIrU said...

sedihnya.. :) harap ceria selalu k..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...