kawan baik cikparo! TEKAN...

Showing posts with label promote. Show all posts
Showing posts with label promote. Show all posts

Monday, October 31, 2011

Master Chef Malaysia

Hai semua..

Sekarang cik paro sedang "gila" menonton rancangan Master Chef Malaysia.Rancangan di siarkan di ASTRO.Kat rumah cik paro tak de ASTRO. Ni pun dapat tau bila pernah menonton di rumah kakak. So, cik paro menontonnya melalui laman web MASTER CHEF MALAYSIA.


Sungguh kagum dengan kebolehan mereka. Tak sabar rasanya nak tengok siapa yang bakal merangkul Master Chef Malaysia yang pertama. Rasanya season akan datang nak join la. Layak ke?


Ada sesiapa yang berminat menontonnya?

Friday, September 9, 2011

Kadar Baru Prepaid




semua pembelian reload dan pek pek permulaan prabayar akan dkenakan 6% cukai perkhidmatan...




Kadar Baru Prepaid (Bermula dari 15-9-2011)

* RM5 - RM5.30
* RM10 - RM10.60
* RM30 - RM31.80
* RM50 - RM53
* RM100 - RM106

(Tidak termasuk bayaran tambahan yang dikenakan oleh sesetengah kedai)

Lepas ni, semua orang tampal jadual ni kat bilik masing-masing dan renung-renungkan. Ini bagi mereka yang menggunakan prepaid macam cik paro ye!

Cuba bayangkanlah ea, topup RM 10. Ada tax sebanyak RM 0.60. Jika kita topup sebanyak sepuluh kali, tak ke cecah RM 6. Dah boleh buat topup baru dah.

So, kalau tak nak rugi, topup lah sekali banyak ye!

Wednesday, September 7, 2011

Diploma Eksekutif


Alkisah,apabila telefon rumah berdering tengah-tengah maghrib.Adik yang angkat.

"kak, telefon.."

"Siapa?"

geleng...

"Hello.."

"Ni cik Faraha ye? Saya daripada ________ ingin menawarkan cik diploma eksekutif.Adakah cik masih belajar atau sudah bekerja?"



"???"
"ermm....duk rumah je"

"Cik tau tak apa itu diploma eksekutif?"

" Tau.Eh..tidak tau"

"Okay, untuk mengambil diploma ini perlukan 3 kredit SPM dan 3 tahun bekerja. Diploma ni khas bagi mereka yang sedang bekerja. Kelas akan di adakan pada hujung minggu sahaja. Diploma yang di tawarkan under UTM. Nanti konvo akan diadakan disana. Bulan 10 ini ada kemasukan baru"




Gulp~~

"Kalau ada sesiapa yang berminat sila lah telefon saya ya!"

Kesimpulannya, cik paro tak layak pun.Yang pelik bin ajaibnya kenapalah nak telefon time-time maghrib.Tak de waktu lain ke? Lepas tu, manalah dapat nombor telefon rumah tu..HAish..
Okay, untuk maklumat lanjut tentang diploma ni, sila TEKAN cepat!


Thursday, August 18, 2011

Mereka blogger prihatin!

Salam Ramadan 

~Entry terima kasih~

Sangat-sangat terharu dan berterima kasih kepada mereka berdua..


KENAPA?

Alkisahnya sila baca entry INI

Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan..



Konon-konon lepas dapat doodle free dari cik wanie, nak la buat header letak doodle tu.Tapi tak reti.Nak jugak kan..dan tak sangka ada juga yang prihatin dengan cik paro ni..dan mereka datang hulurkan bantuan..

Ini buktinya>>>
-
-
-
-
-
-
-

-
loading..
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
TARA....


Mula-mula cik bunbun request nak buatkan..Tapi, macam ajak-ajak ayam je. Cik paro tak kesah pun! jangan marah cik bunbun!

PASTU>>

Cik Wanie nak ajarkan pulak..

Tetapi, dengan tiba-tiba meraka ubah fikiran dan serius dengan ajakan mereka!

Tengok nih!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
loading...
-
-
-
-
-
-
-
-

-

TARA>>>

Cik bunbun siap suruh request lagi nak macam mana.. 

Kemudian>>



Lastly cik wanie pun nak buatkan jugak!

Serius terharu tau..
Terima kasih daun keladi!
ILEBIU!



p/s: Cik paro sedang nantikan header dari mereka. Kalau cik paro dah dapat header dari mereka, maybe cik paro akan tukar-tukar header. Maybe setiap bulan. Wah dah macam bermadu pulak!

Monday, August 15, 2011

Follower ke 100.. alah, baru 100 belum seribu!

Salam RAMADAN

Akhirnya genap jugak nombor itu  menjadi seratus..

Follower bertuah ialah Far_east

cik paro pinjam banner ni ye..

Terima kasih kerana sudi  follow and join segmen cik paro..

Sesiapa yang belum join jom terjah blog BELIAU dan join SEGMEN ini..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...