kawan baik cikparo! TEKAN...

Monday, August 29, 2011

Isteri disimbah asid, suami dicampak tepi jalan selepas disamun




ALOR SETAR: Seorang wanita melecur kira-kira 20 peratus pada bahagian muka, leher, mata dan dada akibat disimbah asid oleh dua lelaki dalam kejadian samun di Guar Chempedak dekat Yan malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 malam apabila kereta Proton Waja yang dinaiki Rosnani Husin, 53, bersama suaminya dipercayai ditahan oleh dua lelaki yang tidak dikenali di sebuah stesen minyak di Kota Sarang Semut dekat sini.
Katanya, dua lelaki terbabit berpura-pura mahu menumpang kereta mangsa disebabkan kereta mereka kehabisan minyak dan suami mangsa bersetuju menumpangkan kedua-dua suspek menuju ke Jalan Baru melalui Jalan Permatang Buluh, Kota Sarang Semut.
"Ketika dalam perjalanan suspek, dikatakan mengacu pisau kepada kedua-dua mangsa dan mengikat kaki dan tangan suami mangsa sebelum mencampakkannya di tepi jalan di Jalan Baru, Bukit Besar. 

"Kira-kira 50 kilometer dari tempat suami mangsa dicampak, suspek memberhentikan kereta (berdekatan Guar Chempedak) lalu menyimbah asid ke muka mangsa sebelum beredar dari tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Suami mangsa dijumpai orang awam dalam keadaan kaki dan tangan berikat manakala mangsa dan kereta yang ditinggalkan ditemui Polis Guar Chempedak. 

Jumlah kerugian yang dialami pasangan suami isteri terbabit belum dikenal pasti. 
Adzaman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan dengan mendatangkan kecederaan. 

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk menerima rawatan. 

Pengarah HSB Dr Juita Ghazali ketika dihubungi berkata, mangsa dirawat di Unit Rawatan Kebakaran dan dalam keadaan stabil. 

Mangsa terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan kerana menghadapi masalah paru-paru disebabkan terhidu asid yang terkena padanya. 

Suami mangsa ketika ditemui pemberita di HSB enggan ditemuramah kerana masih trauma dengan kejadian yang menimpa isterinya itu. - BERNAMA 

Thursday, August 25, 2011

Contest 2: Anda Bagi Gambar , Prince Bagi RM50 !!!

Salam Ramadan

Ingatkan nak join satu je.Tapi disebabkan contest ni banyak kategori, cik paro nak join banyak-banyak.Ada gak peluang nak menang.Walaupun tipis.Alah biar la..

Mula-mula tempek je banner ni..

Jangan malu-malu.Tekan je banner ni..

Kali ni nak join dalam kategori ini >  Gambar Ketika Melancong

Melancong ke mana cik paro? Ke SARAWAK sempena cuti-cuti MALAYSIA.

"DATANG JAK KE SARAWAK!"

Wah siap promote lagi..First time tau naik kapal terbang.Sorang-sorang pulak tu.Mencabar tak mencabar la.Jom layan gambar-gambar di bawah..

17 JUN 2011

Ini muka fresh ok! Muka bangun tidur tanpa mandi.Terus sarapan pagi di cafe hotel.Sila abaikan ke laparan yang melanda itu..

Mentang-mentang belum mandi, ada hati nak mandi kolam..OK, ini anak saudara cik paro.Dia datang dengan parents dia.Mereka dari Sabah, cik paro dari Johor dan berjumpa di Sarawak.Tak gila kah?

Sila baca kayu kenyataan itu.Apakah? Masa ni kami adalah team PURPLE. Tak percaya? tengok kat bawah!

SEE..mereka pun PURPLE

Masa ni beli kek lapis SARAWAK.Benda wajib nak beli.Ramai sangat orang.Cuba tengok air muka cik paro dah berubah.Perut dah lapar masa tu, ditambahkan penat.

Lagi satu benda wajib yang perlu dibeli. Ececeh, cik paro suka benar nak promote ikan terubuk masin ni..Dah macam promoter pun ada kan..

Time makan tengahari + makan malam. Ni semua akibat tak jumpa kedai makan.Aisehmen..

18 JUN 2011

Sarapan pagi 

Beli cendol kat wet market. Cendol dia tak sama  di semenanjung.Sangat JAKUN!



membeli belah di wet market.Beli jangan tak beli! 

Sesi makan tengahari> Nasi udang Penyek di RAJA AYAM PENYEK

 kami berada di SEMENGGOH! tengok orang utan..

Kalau ikutkan ada banyak gambar, tapi cik paro letak ni jela.Karang korang nak termuntah pulak tengok..hehehehhe..Keesokkan hari cik paro balik ke tanah air.Wah, macam melancong luar negara pula.Seronok tau melancong ni.Lagi-lagi ada orang sponsor.Abang cik paro sponsor. 1 sen pun cik paro tak bayar. Katanya hadiah sebab lulus periksa jururawat masa MARC hari tu.Sungguh terharu..

Dah siap!
nak join tekan blog beliau!

Contest: Anda Bagi Gambar , Prince Bagi RM50 !!!

Salam Ramadan

Dah lama tak join contest..Kali ni nak join lah.Mana lah tau bertuah kali ni.Tuah ayam nampak di kaki, Tuah cik paro siapakan tau?Wah, bermadah pulak..

Nak join, tekan je banner budak comel tu!

Kata orang, dalam sekeping gambar akan menceritakan segala-galanya kan.Jadi, bermula dari gambar lah kita dapat berkenalan dengan seseorang dan jatuh ke hati.Ah, merepek lah cik paro.

Cik paro nak join bagi kategori yang ni >  Gambar Sewaktu Zaman Persekolahan

Semua mesti pernah ke alam ni kan.Tak kira lah sekolah tadika ke, rendah ke, menengah ke..Kalau da masuk universiti atau kolej tu dah tak kira sekolah ok! Jom, tengok gambar muka sememeh cik paro masuk zaman hingusan dulu. Apakah?

Masa ni cik paro darjah satu..Kecil lagi..Gambar di dalam bulatan. Masa ni belum insaf nak pakai tudung lagi..

Darjah tiga. Cahaya keinsafan dah ada. Pakai tudung dah. Yang penting tetap kiut..

Darjah 5. Masa ni cik paro dah pindah sekolah. Rasanya masa ni agak tembam la.Biasalah hati senang..

Ni masa kat sekolah agama.Sorry gambar tak clear..

Masa form 6.Time sukan..

Ni gambar masa form 6. Mereka adalah geng jalan kaki sekolah cik paro! Rindu kat mereka!

Kalau korang perasan, kenapa lah cik paro ni tak letak gambar masa tingkatan 1 sampai 5.Sebab tak ada.Semua gambar ni cik paro cilok dari FB kawan cik paro.Sebab zaman dulu mana lah ada HP bagai.Cik paro pulak takda scanner.So, kalau ambil gambar di gambar yang sedia ada pakai HP yang tak canggih ni, makin tak clear gambar.faham ke?

Harap, diterima..

Sudah siap! siapa nak join sila ke blog PRINCE!



Mak Mah pasrah




pix_gal0


Diminta meninggalkan rumahnya beberapa hari sebelum Ramadan

TIDAK perlu menunggu kenduri kendara, kediaman Ruminah Sidek, 65, yang mesra disapa Mak Mah di Meru, Klang sudah cukup meriah apabila semua anak cucunya selain tidak putus dikunjungi sanak saudara dan rakan taulan sepanjang Syawal.

Namun untuk Syawal kali ini, ia berbeza apabila mahligai kecil yang duduki sejak tujuh tahun lalu dan dibina hasil titik peluh berlakon akan bertukar tangan membuatkan hati pelakon veteran itu resah dirundung duka mengenangkan sambutan hari raya yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi.
Semuanya gara-gara masalah pemilikan tanah berikutan kediaman terbabit dibina di atas tanah milik ibu mentuanya.
Namun, biar apa pun ibu kepada Adlin Aman Ramlie itu reda dengan ujian yang hadir di saat muslimin menantikan Ramadan.

“Peristiwa saya diminta keluar dari rumah itu sudah dua bulan berlalu. Selepas mengemas barangan peribadi, saya meninggalkan rumah itu jam dua pagi. Saya tidak ralat kehilangan harta benda sebaliknya yang membuatkan saya sedih kerana terpaksa meninggalkan mahligai yang menyimpan 1001 kenangan bersama arwah suami.

“Apa pun saya akur dan terima dugaan ini dengan hati terbuka. Bohong kalau saya katakan tidak sedih apatah lagi dizalimi individu yang dikenali pada usia emas begini, cuma sebagai insan saya perlu tabah,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Restoran Saloma.

Ditemani anak sulungnya, Azlan Aman Ramlie, pelakon berpengalaman yang masih aktif di layar perak dan televisyen itu tetap tenang bercerita malah sesekali jenakanya memecah keheningan bagai tiada duka yang singgah di hatinya.
Bukan hanya di pentas hiburan, secara peribadi sememangnya pelakon Jangan Pandang Belakang itu mudah didekati dek sifat keibuan dan setiap patah bicaranya pasti bersulamkan jenaka sekali pun diri dihimpit nestapa.

Kata Mak Mah lagi, barangkali orang mampu mengambil hak miliknya namun tidak sesekali dapat merampas kegembiraan hidupnya dikelilingi anak cucu termasuk anak tiri yang sudah dianggap darah daging sendiri.

“Di rumah itulah kami anak beranak berkumpul. Walau tidak sebesar mana, banyak kenangan ditinggalkan arwah suami. Ia umpama galeri seni yang menyimpan segala macam khazanah malah barang kesayangan peninggalan arwah suami turut saya pamerkan di sudut tertentu.

“Biarlah, selepas ini saya mahu membina sebuah lagi kediaman untuk menyimpan segala khazanah itu. Bukan bermakna saya kaya, tetapi wang simpanan dan hasil berlakon saya gunakan membina rumah itu,” katanya.

Sekali pun belum memutuskan lokasi atau di kediaman anak yang mana untuknya meraikan lebaran nanti, dia berharap perjalanan serta kehidupan harian dipermudahkanNya.

Akui Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 itu, hidupnya kini diserahkan sepenuhnya kepada Ilahi dan keluarga namun sebelum menutup mata dia berdoa semoga berpeluang mempunyai rumah sendiri.

Hasil perkahwinannya dengan tiga orang suami termasuk pelakon AR Tompel, dia dikurniakan enam anak selain 28 anak tiri.

“Saya mempunyai keluarga besar yang membuatkan hidup saya cukup bererti apatah lagi dikurniakan 26 cucu manakala cicit seramai enam orang. Cuma lebih bermakna hari raya kalau dapat menyambutnya di rumah sendiri.

“Persiapan hari raya juga tahun ini juga belum satu pun terlaksana. Kalau dulu saya akan membakar sendiri biskut seperti semprit, tart, makmur dan Arab, kini lebih senang beli saja. Entahlah...” katanya lagi.

Enggan membiarkan syahdu membelenggu diri, selain masih rancak di lokasi penggambaran pelakon Anak Bapak itu rajin berkebun dengan menanam sayur-sayuran yang disifatkan sebagai terapi minda.

Menganggap selagi masih ada kudrat akan terus aktif, katanya usia yang panjang ini mengingatkannya supaya tidak lupa kepada suruhanNya selain jangan meminta-minta.

“Kita tidak tahu sejauh mana perjalanan kita. Saya bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik untuk beribadat dan melakukan aktiviti seharian. Rezeki lakonan juga tetap ada. Minggu kedua nanti saya menjalani penggambaran dokumentari pendek mengenai masyarakat Jawa.

“Pada 23 September pula saya sudah diikat Suhan Movies membintangi telefilem di bawah arahan Erma Fatima. Alhamdulillah, wang ini nanti akan saya simpan untuk membina rumah,” katanya yang mengakui tidak punya petua tertentu menjaga kesihatan.






Wednesday, August 24, 2011

Tak payah , TATUT!

Salam Ramadan

"TAK PAYAH! TATUT!"
"TAK PAYAH! TATUT!"
"TAK PAYAH! TATUT!"
Sambil menangis..

Dalam hati kecil berkata

"Mende budak ni?"
" Apa yang tak payah?"

Dalam mamai mamai tu, aku bangun. La, aku tertidur rupanya. Patut lah liat betul nak bangun. Kesahnya AISHAH si kecik dah merengek-rengek kat bilik sebelah. Dah bangun rupanya..

Ni gaya kuak lentang bila si kecil ni tidur!

"Aishah takut apa dik?"
Dia senyum.Tak jadi nak penampar budak ni.

"Ish budak ni!"
Aku dukung,peluk , cium  dan bawa dia ke beranda sambil menikmati keindahan alam. 

"Ni, apa dik?"
sambil tangan menunjuk bendera yang berkibar~~

"??!!!!@++###"

Tak tahulah tu nak menyebutnya..

" Ni bendera la dik"

" bendeyaa"
Dalam nada pelat

senyum lagi~~
Angkat dia ajak dia masuk. 
Saja nak bual-bual dengan dia.
Tanya soalan yang sama.

"Tadi adik takut apa?"

"Aicah tatut malecia"


Lebih kurang macam ni la gaya muka innoncent dia

Tergelak aku!
"Buat apa nak takut MALAYSIA.Kan kita duduk kat dalam MALAYSIA!"

Tiba-tiba teringat. Oh, pasti dia takut dengan bendera itu.

Moral of story, jangan takut-takutkan anak!

______________________________________

Bagi sesiapa yang tak faham bahasa perancis aishah, cik paro ada transalate kat bawah ni:

TAK PAYAH TATUT = Kak Farah takut
BENDEYAA = Bendera
AICAH TATUT MALECIA = Aishah takut malaysia


P/S: Itu kisah benar yang berlaku beberapa jam tadi.Antara cik paro dan adik kecil cik paro yang bernama Aishah.



Tuesday, August 23, 2011

Alfatihah untuk anak kecil ini~~Dania Emelda Aqasha

Salam Ramadan..

Serius terharu

Sedih

Tersentuh

Hampir mengalir air mata apabila baca blog BELIAU

Blog yang berkisarkan seorang ibu tunggal yang membesarkan anak-anak mereka.Dan salah seorang dari mereka menghidap penyakit Leukaemia dan anak kecil itu sudah menghadap ILAHI. ALFATIHAH~~


Mari kita kongsi suka duka beliau sebelum dan semasa anak nya sakit.Pasti tersentuh!

Sazzy Falak teruja sambut Aidilfitri sebagai ibu




22 Ogos - Tahun 2011 merupakan tahun yang paling menggembirakan buat pengacara dan pelakon Sazlini Shamsul Falak atau lebih dikenali sebagai Sazzy Falak dan suami, Nazril Idrus untuk menyambut Hari Lebaran. Ini kerana ia merupakan pertama kali selebriti kecil molek ini meraikannya bersama pasangan anak kembar perempuan mereka, Imaan Lily dan Tiara Rose.
Sazzy ketika dihubungi mengakui sangat teruja untuk menyambut Aidilfitri lebih-lebih lagi ketika membuat persiapan buat anak-anak kecilnya yang bakal berusia empat bulan pada 24 Ogos ini.
"Sudah pasti Sazzy dan suami rasa sangat teruja dan gembira kerana dapat menyambut bersama Imaan dan Tiara. Saat yang paling menyeronokkan adalah ketika memilih baju raya untuk mereka,"ujar pelakon "Tolong! Awek Aku Pontianak" ini.
Tambahnya lagi, "Sazzy dah menempah baju warna sedondon iaitu hijau pudina untuk kami sekeluarga."
Ditanya lagi tentang persiapan serta juadah wajib ketika Lebaran, Sazzy, 30, memberitahu: "Ayam Calio iaitu ayam rendang berkuah resepi nenek adalah satu juadah yang wajib setiap tahun."
Meminati lagu raya klasik nyanyian Anuar Zain dan Elina, "Seloka Hari Raya", Sazzy berkata dia bakal beraya di kediaman keluarganya di Kuala Lumpur. Sazzy turut memberitahu sepanjang bulan Ramadan ini, dia hanya sibuk dengan sesi penggambaran serta menghadiri undangan majlis iftar sambil tidak lupa beramal di bulan yang penuh keberkatan ini


Khas buat yang bergelar JURURAWAT, MISI, NURSE!


Salam Ramadan




Jururawat selalu dimarahi kerana lewat memberi ubat

menahan kencing kerana tidak ada masa ke tandas 

kelaparan kerana terlepas waktu makan

dikutuk

diejek

disindir

dituduh

DAN....

 mereka sebenarnya amat merindui ahli keluarga tatkala menjaga anda. 


Setelah anda membaca ini, jururawat di seluruh dunia sedang menyelamatkan nyawa manusia. Post semula kenyataan ini jika anda adalah jururawat, menyayangi jururawat ataupun MENGHARGAI kerja yang mereka lakukan ♥♥♥

Cik paro tertarik dengan artikel yang di tulis oleh penulis blog ini
Sesuai sangat dengan diri cik paro ketika ini..

Sunday, August 21, 2011

MILOICEKAW 1119 hak milik CIK PARO!

Salam Ramadan

Sentap!!
Alkisah terjadi apabila~~

Tangan gatal nak menggoogle perkataan 'cik paro'. Saja nak tengok popular ke tak kan. Tiba-tiba keluar lah blog ni >>> MILOICEKAW 1119

Apa kaitan nya dengan cik paro?

Bagi sesiapa yang tak tahu, sebelum ni cik paro mempunyai blog lain. dan cik paro dah kuburkan. Segala entry sudah terkubur dan tak boleh nak gali balik dah.

DAN

MILOICEKAW 1119 adalah URL blog cik paro!


TAK PERCAYA??

Buktinya>>

komen dari blog cik bunbun.Izin copy

ni header blog cik paro yang dulu..kawan cik paro yang buatkan~~



Masalahnya sekarang, bagi sesiapa yang pernah jadi follower cik paro, pasti mereka pelik bila cik paro post yang bukan-bukan kat blog tu. Cik paro dah try tengok!

Minta tolong pada semua follower blog lama cik paro supaya tidak terkeliru. Sebab ada orang yang cuba rampas URL blog cik paro.Blog tu pun baru aktif sekitar Julai 2011.

cuba korang tekan kat blog NI dan tekan pada nama cikparo. Tengok keluar apa~~
Memang dulu cik paro ada buat contest. Tak sangka sangat orang tu nak kenakan cik paro!


ni banner contest cik paro.Pinjam muka my BFF. Ada sesiapa pernah join ke?


cuba tengok yang ni pulak~~


Yang ni cik paro ambil dari bloglist kawan cik paro.Masalahnya blog tu dah lama tak da. Kenapa tiba-tiba ada entry lain? Cik paro tak nak semua orang salah faham! Tanggung malu pun ada oke!

NI 



Berapa banyak blog dia! Cuba check, mana tau ada URL dari blog korang ke?

Maksud MILOICEKAW 1119

miloicekaw : cik paro sangat sukakan milo ais yang kaw
1119 : Gabungan tarikh lahir cikparo iaitu 11 haribulan dan encik tunang pada 19 haribulan..

okay, sekarang minta tolong sangat-sangat yang pernah jadi follower blog http://miloicekaw1119.blogspot.com silalah abaikan atau unfollow. Sebab tu bukan blog cik paro!
Blog cik paro sekarang adalah http://kisahcikparo.blogspot.com Harap Maklum!


P/S: Dugaan bulan puasa bertambah-tambah~~

Segmen BLOGLIST RAYA cik purple | 2011

Salam Ramadan

Masalah sila lari!
Jangan dekat sebab cik paro nak join segmen bloglist raya cik purple ni!

tekan je banner segmen beliau untuk JOIN!

cik paro dah letak blog cik purple dalam bloglist cik paro..
Sila tengok ye!

DONE!

da siap..


Header baru!

Salam Ramadan

SEE..




my blog dah ada header.Baru nampak cantikkan..
Tapi header ni boleh pakai time raya and bulan puasa jela..
Tapi takpe, cik paro tak kesa!
Terima kasih banyak-banyak pada cik wani!


MOOD: Sedih~~




Tiba-tiba cik paro tak de mood langsung nak ber blogwalking.
Niat hati, nak blogwalking, baca entry then comment.
Tapi, atas masalah yang menimpa semua tu macam berat je!

Tak tau nak diluahkan masalah ni kat siapa.
Bengkak je hati ni!
Nak menangis, tapi gagahkan air mata ni supaya tak keluar!
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul..

Cik paro nak tenangkan diri dulu!
Assalamualaikum!

Thursday, August 18, 2011

Mereka blogger prihatin!

Salam Ramadan 

~Entry terima kasih~

Sangat-sangat terharu dan berterima kasih kepada mereka berdua..


KENAPA?

Alkisahnya sila baca entry INI

Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan..



Konon-konon lepas dapat doodle free dari cik wanie, nak la buat header letak doodle tu.Tapi tak reti.Nak jugak kan..dan tak sangka ada juga yang prihatin dengan cik paro ni..dan mereka datang hulurkan bantuan..

Ini buktinya>>>
-
-
-
-
-
-
-

-
loading..
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
TARA....


Mula-mula cik bunbun request nak buatkan..Tapi, macam ajak-ajak ayam je. Cik paro tak kesah pun! jangan marah cik bunbun!

PASTU>>

Cik Wanie nak ajarkan pulak..

Tetapi, dengan tiba-tiba meraka ubah fikiran dan serius dengan ajakan mereka!

Tengok nih!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
loading...
-
-
-
-
-
-
-
-

-

TARA>>>

Cik bunbun siap suruh request lagi nak macam mana.. 

Kemudian>>



Lastly cik wanie pun nak buatkan jugak!

Serius terharu tau..
Terima kasih daun keladi!
ILEBIU!



p/s: Cik paro sedang nantikan header dari mereka. Kalau cik paro dah dapat header dari mereka, maybe cik paro akan tukar-tukar header. Maybe setiap bulan. Wah dah macam bermadu pulak!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...