kawan baik cikparo! TEKAN...

Wednesday, August 24, 2011

Tak payah , TATUT!

Salam Ramadan

"TAK PAYAH! TATUT!"
"TAK PAYAH! TATUT!"
"TAK PAYAH! TATUT!"
Sambil menangis..

Dalam hati kecil berkata

"Mende budak ni?"
" Apa yang tak payah?"

Dalam mamai mamai tu, aku bangun. La, aku tertidur rupanya. Patut lah liat betul nak bangun. Kesahnya AISHAH si kecik dah merengek-rengek kat bilik sebelah. Dah bangun rupanya..

Ni gaya kuak lentang bila si kecil ni tidur!

"Aishah takut apa dik?"
Dia senyum.Tak jadi nak penampar budak ni.

"Ish budak ni!"
Aku dukung,peluk , cium  dan bawa dia ke beranda sambil menikmati keindahan alam. 

"Ni, apa dik?"
sambil tangan menunjuk bendera yang berkibar~~

"??!!!!@++###"

Tak tahulah tu nak menyebutnya..

" Ni bendera la dik"

" bendeyaa"
Dalam nada pelat

senyum lagi~~
Angkat dia ajak dia masuk. 
Saja nak bual-bual dengan dia.
Tanya soalan yang sama.

"Tadi adik takut apa?"

"Aicah tatut malecia"


Lebih kurang macam ni la gaya muka innoncent dia

Tergelak aku!
"Buat apa nak takut MALAYSIA.Kan kita duduk kat dalam MALAYSIA!"

Tiba-tiba teringat. Oh, pasti dia takut dengan bendera itu.

Moral of story, jangan takut-takutkan anak!

______________________________________

Bagi sesiapa yang tak faham bahasa perancis aishah, cik paro ada transalate kat bawah ni:

TAK PAYAH TATUT = Kak Farah takut
BENDEYAA = Bendera
AICAH TATUT MALECIA = Aishah takut malaysia


P/S: Itu kisah benar yang berlaku beberapa jam tadi.Antara cik paro dan adik kecil cik paro yang bernama Aishah.



4 comments:

Gen2Merah said...

alalalala.. comel comel.. kanak2 memang comey kan.. heee

bunbun said...

ehh apasal dy takut malaysia? aahh kurang faham pulak XD

CIK PARO! said...

gen2merah: comel kannn..

Bunbun: Dia takut bendera tu la..

Wanie said...

hehe..'k' akan jadi 't' kan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...