kawan baik cikparo! TEKAN...

Thursday, August 25, 2011

Contest: Anda Bagi Gambar , Prince Bagi RM50 !!!

Salam Ramadan

Dah lama tak join contest..Kali ni nak join lah.Mana lah tau bertuah kali ni.Tuah ayam nampak di kaki, Tuah cik paro siapakan tau?Wah, bermadah pulak..

Nak join, tekan je banner budak comel tu!

Kata orang, dalam sekeping gambar akan menceritakan segala-galanya kan.Jadi, bermula dari gambar lah kita dapat berkenalan dengan seseorang dan jatuh ke hati.Ah, merepek lah cik paro.

Cik paro nak join bagi kategori yang ni >  Gambar Sewaktu Zaman Persekolahan

Semua mesti pernah ke alam ni kan.Tak kira lah sekolah tadika ke, rendah ke, menengah ke..Kalau da masuk universiti atau kolej tu dah tak kira sekolah ok! Jom, tengok gambar muka sememeh cik paro masuk zaman hingusan dulu. Apakah?

Masa ni cik paro darjah satu..Kecil lagi..Gambar di dalam bulatan. Masa ni belum insaf nak pakai tudung lagi..

Darjah tiga. Cahaya keinsafan dah ada. Pakai tudung dah. Yang penting tetap kiut..

Darjah 5. Masa ni cik paro dah pindah sekolah. Rasanya masa ni agak tembam la.Biasalah hati senang..

Ni masa kat sekolah agama.Sorry gambar tak clear..

Masa form 6.Time sukan..

Ni gambar masa form 6. Mereka adalah geng jalan kaki sekolah cik paro! Rindu kat mereka!

Kalau korang perasan, kenapa lah cik paro ni tak letak gambar masa tingkatan 1 sampai 5.Sebab tak ada.Semua gambar ni cik paro cilok dari FB kawan cik paro.Sebab zaman dulu mana lah ada HP bagai.Cik paro pulak takda scanner.So, kalau ambil gambar di gambar yang sedia ada pakai HP yang tak canggih ni, makin tak clear gambar.faham ke?

Harap, diterima..

Sudah siap! siapa nak join sila ke blog PRINCE!



3 comments:

Kancil 8349 said...

wah...gambar kenangan...kancil ada gambar pun masa sekolah menengah itu pun selepas SPM...dulu ndak berminat kumpul gambar tapi mengetahui gambar mempunyai nilai...kancil jadi kaki gambar...hehehe

p/s : dah kahwin mula ndak minat plak...

ILA HonEyBuNNy said...

comeiii cik paro kecik2...

zaman sekolah la yang best kan..;-)

Zul fattah said...

cam pelik je ko masa budak.. huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...