kawan baik cikparo! TEKAN...

Saturday, December 31, 2011

esok,mingu depan,bulan depan dan tahun depan!

 Salam semua!

Rindu rasanya dah lama tak menaip kat blog ni..
ni semua gara-gara laptop rosak..
sebulan lebih rasanya menunggu dengan sabar.

akhirnya, di hujung tahun ini, dapat juga cik paro coretkan sesuatu di dalam blog ni..
sepanjang sebulan berlalu, semua benda sudah berubah..

esok,
minggu hadapan,
bulan depan,
tahun depan,
mari sama-sama kita bertekad untuk mempunyai azam yang baru!

SELAMAT TAHUN BARU!
SELAMAT DATANG 2012
SELAMAT TINGGAL 2011!!


Monday, October 31, 2011

Master Chef Malaysia

Hai semua..

Sekarang cik paro sedang "gila" menonton rancangan Master Chef Malaysia.Rancangan di siarkan di ASTRO.Kat rumah cik paro tak de ASTRO. Ni pun dapat tau bila pernah menonton di rumah kakak. So, cik paro menontonnya melalui laman web MASTER CHEF MALAYSIA.


Sungguh kagum dengan kebolehan mereka. Tak sabar rasanya nak tengok siapa yang bakal merangkul Master Chef Malaysia yang pertama. Rasanya season akan datang nak join la. Layak ke?


Ada sesiapa yang berminat menontonnya?

Friday, October 28, 2011

Genk! Saya Blogger Gila


Dah lama tak join segmen..
Kali ni nak join segmen dari GENK!

tekan banner untuk JOIN!

Segmen kali ni, segmen berkongsi minat atau hobi.
Kalau ikutkan banyak hobi cik paro..
Yang paling gila sekali ialah

Selalu baca novel cinta!

dan 

Apa saja game!

Dah siap!

Siapa nak join tekan SINI!


Thursday, October 27, 2011

Contest Gambar Paling Sengal!


Walaupun banyak kali join contest dan tak menang, cik paro tetap nak join juga!
Terasa kepuasan dapat join contest!

Contest yang di anjurkan oleh blog ADLY dan AIDA..
Tekan banner jika nak JOIN!

Gambar yang cik paro rasa sengal dan buat cik paro terasa kesengalannya ialah:

Dok mengira apa entah

Akibat tak bersedia~~

Sila lihat kesengalan yang terpamer di muka cik paro. Malam tu, memang cik paro sangatlah sengal..Malam pragraduan


Tag:



Harap dengan kesengalan yang ada, menang la kali ni...



Monday, October 24, 2011

Pemilik suara upin ipin ada dua!


Hai semua. Cik paro rasa pasti ramai di luar sana yang suka tengok animasi UPIN IPIN. Cik paro pun selalu juga tengok kartun ni.

Ermm.. Disebalik suara upin ipin tu, pasti semua orang tertanya-tanya siapakah milik suara empunya badan kan. Pasti ramai yang dah tau. Tapi, adakah semua tahu, bahawa upin ipin sudah mempunyai dua pemilik suara.



Suatu masa ketika dahulu suara upin ipin adalah dimiliki oleh adik Nur Fathiah Diaz


Comel kan? Sekarang adik ni dah tukar menjadi pemilik suara animasi boboiboy! Patutlah ada iras-iras suaranya.

Ini salah satu, siri animasi upin ipin milik suaranya: 



dan sekarang beliau telah menjadi pemilik suara boboiboy



_________________________________________________________


Sekarang, suara upin ipin telah bertukar kepada adik Asyiela putri


Ini salah satu animasi upin ipin milik suaranya:



Ha, jom kita bezakan suara mereka. Bagi cik paro, suara mereka ada sedikit perbezaan. Cuba hayati ye!ada perbezaan tak?



Sunday, October 23, 2011

”25 Things Random Giveaway by Penmerah.com”

 Nak join Giveaway dari blog PEN MERAH

Nak join, tekan je banner comel ni..
Hadiah menarik!

Cik paro nak tag:




Saturday, October 22, 2011

Bengang betul tak boleh post entry! Ape kejadah semua ni?


Jangan tanya kenapa cik paro dah lama tak tulis entry. Ni semua gara-gara tak boleh nak post kat blog. Naik angin juga. Ingatkan lah line broadband punya pasal. Kisahnya benda lain yang jadi punca.

Tak nampak, tekan bagi besar
Tengok ni, ingatkan nak post entry, ni jadinya..IGNORE WARNING.. Ape kejadah semuanya itu? Berhari-hari dok fikir masalah ni..

Lepas tu, try pulak tekan IGNORE WARNING tu. Nak tengok juga apa yang terjadi.

Tak nampak lagi?tekan bagi besar..

Ingatkan lah dah settle masalah. Just hilang IGNORE WARNING je...Nak post entry macammana kalau semua yang kat atas tu tak ade.. Tak pe, cuba bersabar..

Ermmm, try tekan compose pulak. Yang kat bahagian kiri atas tu.Kita tengok apa yang terjadi..


Keluar apa pulak ni? Bingung sekejap. Bahasa omputih pulak. Takpe, sabar..Try tekan search the blogger help group for bX-1fv8xl yang wana biru tu...


Keluar yang ni pulak. Ermm, try la tekan link yang di beri tu..


Kisahnya ramai yang terkena. Bukan cik paro seorang. so, pakat-pakat la nak tau, macammana nakk settlekan..


Last-last jumpa yang ni. Tekan linknya.



Try ikut step dan buat. Akhirnya boleh juga post enty kat blog yang dicintai ini. Arghh.. sangat kecewa, sebab signature yang kat bawah tu,


terpaksa di delete. Kalau tak, tak boleh lah nak tulis entry lagi. Kesimpulannya, belajar lah dari kesilapan. Eh, siapa yang silap ni?


Ada sesiapa yang kena macm cik paro tak? kau ado?







Wednesday, October 19, 2011

CONTEST OH BERGAYANYA AKU !


Setelah di tag oleh AIN, cik paro nak join contest INI




nak join, klik je banner ni..

cik paro yang sebelah kanan tu.serupa tapi tak sama~~

Bolehkan letak gambar berdua? Tak tau la nak pilih gambar yang mana satu. harap ia bergaya lah walaupun tak berapa nak bergaya!

Try yang ini pulak!






Terharu dengan cerita HERO!


Tiba-tiba hati ni terasa nak berkongsi bersama penderitaan seekor kucing yang telah dipotong kedua belah kakinya disebabkan mencuri ikan.



Mungkin ramai yang dah pernah dengar dan pernah lihat video kucing ini..
Mari kita hayati, derita kucing ini.


Hampir menitis air mata ni melihat penderitaan kucing ini. Kenapalah orang yang memotong kaki itu tak berperikemanusiaan betul. Mujurlah ada insan yang mulia sanggup membantu dan memulihkan hero.

Apabila terbaca kisahnya di MASTIKA keluaran NOVEMBER 2011, hati cik paro terpanggil untuk bersama-sama berkongsi kisah ini dan mengharapkan tiada orang sekejam itu untuk menzalimi binatang.

Kucing yang diberi nama hero itu, tidak mengerti penderitaan yang sedang dialaminya.Untuk lebih lanjut, mari kita sama-sama terjah blog papa hero iaitu saudara Hairey  yang menjadi penyelamat haiwan itu untuk terus hidup.Tahniah encik Hairey!




saya suka sangat kucing! Tolong jangan zalimi mereka!

untuk lebih lanjut, jom baca entry NI




Saturday, October 15, 2011

interview?mungkin bukan rezeki ku..

Dah dua kali di panggil untuk pergi interview.
dua-dua cik paro tolak.
Mungkin tak di izinkan atau tak mengizinkan.
Harap-harap ada lagi interview lepas ni.


Mungkin ada hikmah di sebaliknya..
Semoga rezeki lepas ni bertambah-tambah..
amin..

Thursday, October 13, 2011

Lepas ni nak jadi, penternak novel....


Salam 1 MALAYSIA..

Tak taulah semenjak dua menjak ni, cik paro rasa nak kumpul novel banyak-banyak.
Ni semua disebabkan oleh kebosanan duduk di rumah. Baik baca novel. Hilang sikit bosan tu.. Selalunya meminjam dari orang. Disebabkan cik paro suka baca ikut mood, baik lah beli sendiri. Boleh di jadikan koleksi.


Selamat Pengantin Baru Isteriku & 2x5

Dua novel ni, first novel cik paro beli. Tahun lepas.
2x5 tu memang kelakar. Kalau korang nak beli novel yang sempoi gila, cari penulis areila sahimi. Memang sempoi habis penulisan beliau.
Yang sebelahnya tu, novel paling tebal cik paro pernah beli dan pernah baca. Saje.. 

Beza, memang berbeza..

Sangat lah tebal. Beli tahun lepas, tahun ni baru berpeluang baca. Sampai kawan-kawan dah pinjam baru la cik paro nak selak sehelai-sehelai. Biasanya dah sampai setengah muka surat baru terasa nak habiskan..

Setulus janji & Kasih benar Kasih

Novel setulus janji tu, hadiah hari jadi dari BFF cik paro. Sangat sedih dan berkonflik ceritanya.. Yang satu lagi tu, cik paro belum baca lagi. Tertarik dengan gambar wanita bertudung tu. Terus sambar.. Nanti bacalah..

Tak semanis impian, tiada lagi mimpi & tak seindah mimpi

Yang ni memang dah lama nak beli. Kalau korang pernah tengok trologi cinta, inilah novelnya. Adaptasi dari tulisan Sharifah Abu Salem. Belum habis lagi. Setiap kali baca ni, mesti terbayang watak pelakon kat dalam cerita trologi cinta tu.


Setakat ini, baru ada 7 novel hak milik sendirian berhad. Lepas ni kumpul lagi. Nak beli sampul plastik nak balut novel kemas-kemas. Lepas tu beli gerobok. Wah, harap impian jadi kenyataan.

p/s: gerobok > almari




Wednesday, October 12, 2011

Tak sangka menang!


Tak sangka menang dalam 

SEGMENT JUST GOOGLE IT- AZURIN RAMLI


Tu pun selepas baca ni komen ni..


Walaupun cuma dapat topup, tapi cik paro rasa dihargai!
Tak payah la topup untuk minggu ni..
ye!!

tengok entry NI kalau tak percaya!


p/s: harap lepas ni menang lagi!suke!

Saturday, October 8, 2011

MEGA GIVEAWAY BY YANA , ARISA & HANANI




Nak join MEGA GA yang dianjurkan doleh Yana Nickhun, Arisa Dania dan Nurul hanani.

Cik paro telah di tag oleh Ain.

Tekan je banner kalau nak join~~



Jom kita tengok syarat-syaratnya:

syaratSYARAT :



  1. follow blog saya , hanani & arisa [ tak wajib , tapi lebih senang follow untuk mengetahui in4 ]
  2. follow / like page sponsor2 diatas ! [ kalau baek follow / like lah yea ^^ ]
  3. tag 3 orang kwn blog korang dan makesure dorang taw erk [ lebih ponn takpe ]
  4. buad entry bertajuk ' MEGA GIVEAWAY BY YANA , ARISA & HANANI ' 
  5. linkkan ke blog kami dan gam kan ke entry ini yahh [ jgn lekat kat entry dania & hanani taw ^^ ]
  6. letakkan banner di atas dan linkkan :)
  7. sertakan jugak list SPONSER ! [ wajib dibuat ] 


Ni sponsernya:


Ramaikan sponser mereka. Untungla siapa yang menang...

Cik paro nak tag: Genk corner, CP, Istana Biru

DONE!!




Friday, October 7, 2011

Contest I'm Proud To Be A Muslimah



Cik Paro nak join contest dari blog 

Nak join, tekan je banner ni~~


Ni pula syarat-syaratnya..


1 ) Settle~~
2 ) ada kat atas tu,,
3 ) Tag: ila, Kak Nida dan Puan Kutu
4 ) dah follow and like
FB username: Faraha Mormin

5 ) Ni hadiah yang cik paro nak kalau menang~~
'
x1 tudung syria yuna 

x1 t shirt muslimah 

x1 bag & x1 purse 

x1 tudung

 Kalau ikutkan memang nak semua.Tapi tak mahu tamak.Cukuplah apa yang ada ni. Tu pun belum tentu menang.Kalau ada rezeki menangla saya!

6 ) Gambar kartun Muslimah yang cik paro dah google dan dirasakan menarik ialah:


Suka tengok kartun ana muslim ni. Comel!

7) Ciri seorang muslimah

  1. Solat tepat pada waktunya.
  2. Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
  3. Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah, alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
  4. Tidak mengeluh dengan masalah remeh dalam kehidupan hariannya.
  5. Bercakap dengan rendah suara.
  6. Lembut dan halus tingkahlakunya.
  7. Tutur bicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
  8. Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
  9. Rambut, leher dan dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka yang bukan Islam.
  10. Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
  11. Pandai mengambil hati orang tua.
  12. Menghormati dan taat ibubapa.
  13. Kesayangan keluarga dan tetangga.
  14. Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
  15. Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.
  16. Rambut tak diwarnakan.
  17. Banyak dan murah dengan senyuman.
  18. Banyak mendengar dari bercakap.
  19. Senyuman adalah ketawanya.
  20. Tidak ketawa terbahak-bahak.
  21. Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
  22. Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
  23. Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
  24. Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
  25. Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
  26. Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
  27. Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.
  28. Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
  29. Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.
  30. Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.
  31. Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.
  32. Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki. 
  33. Tidak menolak poligami.



Sama-samalah kita menjadi seorang muslimah yang sejati. Ada tak ciri-ciri kita diatas sebagai seorang muslimah. Terasa begitu hina diri ini..


Sekian, assalamualaikum...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...