Salam 1 MALAYSIA..
Tak taulah semenjak dua menjak ni, cik paro rasa nak kumpul novel banyak-banyak.
Ni semua disebabkan oleh kebosanan duduk di rumah. Baik baca novel. Hilang sikit bosan tu.. Selalunya meminjam dari orang. Disebabkan cik paro suka baca ikut mood, baik lah beli sendiri. Boleh di jadikan koleksi.
Selamat Pengantin Baru Isteriku & 2x5 |
Dua novel ni, first novel cik paro beli. Tahun lepas.
2x5 tu memang kelakar. Kalau korang nak beli novel yang sempoi gila, cari penulis areila sahimi. Memang sempoi habis penulisan beliau.
Yang sebelahnya tu, novel paling tebal cik paro pernah beli dan pernah baca. Saje..
Beza, memang berbeza.. |
Sangat lah tebal. Beli tahun lepas, tahun ni baru berpeluang baca. Sampai kawan-kawan dah pinjam baru la cik paro nak selak sehelai-sehelai. Biasanya dah sampai setengah muka surat baru terasa nak habiskan..
Setulus janji & Kasih benar Kasih |
Novel setulus janji tu, hadiah hari jadi dari BFF cik paro. Sangat sedih dan berkonflik ceritanya.. Yang satu lagi tu, cik paro belum baca lagi. Tertarik dengan gambar wanita bertudung tu. Terus sambar.. Nanti bacalah..
Tak semanis impian, tiada lagi mimpi & tak seindah mimpi |
Yang ni memang dah lama nak beli. Kalau korang pernah tengok trologi cinta, inilah novelnya. Adaptasi dari tulisan Sharifah Abu Salem. Belum habis lagi. Setiap kali baca ni, mesti terbayang watak pelakon kat dalam cerita trologi cinta tu.
Setakat ini, baru ada 7 novel hak milik sendirian berhad. Lepas ni kumpul lagi. Nak beli sampul plastik nak balut novel kemas-kemas. Lepas tu beli gerobok. Wah, harap impian jadi kenyataan.
p/s: gerobok > almari
8 comments:
bila dah start baca novel mmg ketagih, klu boleh mmg nk habiskan dlm masa 1 hari je.. sgup x tdo mlm, hihihi
bui pun byk koleksi novel ni,novel paling last dibeli novel Kasih Yang Suci..(gara2 terpengaruh dgn cerita Nora Elena..*_*)
uma gugu terpaksa wt 1 blk khas nk simpan novel.. huhuhu. mak ske ternak novel.
perghhhh banyak dah tuhhh dah la tebal3 blake .. gigih..! :)
setakat nie koleksi novel saya baru 34 huhu dulu ada byk tapi sebab malas nak jaga hilang abies...
saya banyak beli novel dari alaf baru dan kaki novel.. =))
nt boleh la kita bertukar2 kisah yea..
wah.. balik Pontian nanti bolehlah Kak Nida pinjam..hehe
Insya Allah pertengahan tahun depan mendarat ke tanah air :)
zaman remaja dulu baca jugak novel..skang dah takde masa.sibuk dengan blog.haha..
tebalnye novel2 tu.. klau minat membaca mmg seronok lah :)
Post a Comment