Setelah dijemput sendiri oleh tuan blog atienabila. So, cik paro join la Contest yang beliau anjurkan..
Nak join, tekan je banner kat atas tu..
.........................................................
Suatu hari Tan Sri Usop mendapat jemputan melawat pameran lukisan. Oleh kerana ketika itu beliau mengalami sakit mata dan penglihatannya kabur, maka Tan Sri Usop mengajak pembantu peribadinya, Sarina untuk menemaninya.
Tan Sri : Wow, cantiknya lukisan ni. Gambar ikannya benar-benar hidup!
Sarina : Syyyhh... jangan cakap kuat-kuat Tan Sri. Itu gambar buaya!
Tan Sri : Oh, tu BUAYA!
Kemudian Tan Sri dibawa melihat lukisan lain.
Tan Sri: Lukisan gajah ini nampak gagah sekali. Belalainya panjang macam serunai! Sumbu!
Setelah dua kali ditegur kerana kerabunannya, Tan Sri cuba untuk tidak memberi komen pada lukisan yang lain. Sehinggalah beliau sampai ke satu sudut.
Tan Sri: Wow! Amazing! Lukisan orang utan ini begitu halus sekali garisannya. Ia seperti hidup dan bergerak-gerak.
kali ini sarina terus ketawa terkekeh-kekeh dan berkata
" Tan Sri, itu kan cermin. Yang itu muka Tan Sri sendiri..Bukan lukisan orang utan..."
...................................
Cerita ini tidak ada kaitan antara yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia ya!
Cik paro nak tag:
No comments:
Post a Comment