kawan baik cikparo! TEKAN...

Monday, September 5, 2011

Zizan: Saya sangat sayangkan Jue




Barangkali kenyataan jejaka kelahiran Dungun, Terengganu ini bakal membuat para peminat mengharapkan Mohd Razizan Razak atau lebih dikenali dengan nama Zizan Raja Lawak dan pelakon berwajah pan asia, Juliana Evans bergelar pasangan kekasih.


Namun hakikatnya rasa kasih sayang antara kedua teraju utama filem "Hantu Bonceng" yang ditayangkan di pawagam bermula hari ini terus utuh dari hari ke hari tidak lebih seperti sayang sebagai seorang teman akrab sahaja.
"Saya bukan hendak berdolak-dalih tapi ya, saya akui sangat sayangkan Jue (panggilan mesra Juliana Evans) tetapi lebih kepada sayang sebagai seorang teman baik. Saya berani mengaku Jue adalah satu-satunya wanita yang rapat dengan saya sekarang ini. Ada keserasian antara kami tapi tiada bibit-bibit perasaan ke arah percintaan," jelas Zizan ketika ditemui di majlis pra-tonton "Hantu Bonceng" baru-baru ini.
Tambah pelawak berusia 27 tahun ini lagi, "Saya boleh berkongsi pandangan, minta nasihat, usik-mengusik, sakat-menyakat dan sebagainya. Seronok berkawan dengan Jue kerana dia seorang yang berfikiran terbuka, banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman. Pendek kata, saya gembira bersamanya."
Menyentuh tentang pengalaman digandingkan pertama kali dengan Jue juga bekerja di bawah pengarahan Ahmad Idham menerusi filem komedi seram, "Hantu Bonceng", Zizan menyifatkan ia satu pengalaman berharga buat dirinya.
"Pertama kali berlakon di samping Jue memang seronok dan apa yang saya boleh simpulkan Jue seorang yang sangat profesional ketika bekerja. Keserasian antara kami juga ada. Bak kata orang, kalau keserasian itu, ia yang akan memudahkan kerja kami."
"Seronok bekerja di bawah arahan Ahmad Idham. Dia seorang pengarah yang berkaliber, boleh menerima pendapat pelakon, kelakar dan pada masa yang sama serius apabila bekerja," akhiri Zizan.


2 comments:

Alif Haris said...

perghh jeles aku dibuatnya haha ~

Yumida said...

hope ade jodoh diorg nih...zizan ok aper...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...