kawan baik cikparo! TEKAN...

Wednesday, September 28, 2011

Segmen Kancil8349 : Pengalaman Semasa Perkhemahan Unit Beruniform


Wah, rasanya dah lama tak join mana-mana segmen. Bangkit semula untuk join segmen!
Kali ni nak join segmen dari blog Kancil 8349 yang bertajuk Pengalaman Semasa Perkhemahan Unit Beruniform..

 Bagi sesiapa nak join, tekan je banner comel tu..


Kalau nak di ikutkan memang cik paro ada join perkhemahan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Tapi, cik paro pilih untuk ceritakan pengalaman berkhemah semasa di PLKN. Di PLKN dipanggil sebagai 'kembara wira jaya'. Kalau tak silap cik paro. Lupa sudah. Banyak sangat makan semut. hehehehe..

Tempat perkhemahan : Hutan ayer Keroh
Kem: Kem Ayer Keroh
Tahun: 2005

Pengalaman berkhemah kat sini best, kerana kami akan hanya membawa beg belakang yang dibekalkan makanan, khemah, air serta tali khas untuk 2 orang. Kami menyusuri hutan-hutan untuk sampai ke tempat yang ditujui. Yang paling takut sekali, bila terpaksa melalui gaung dengan hanya melalui dua batang pokok kelapa. Cik Paro pegang aje budak depan tu. Ngeri seh..

Khemah pun kena buat sendiri ye. Cari lah kawasan yang strategik kemudian pasang kan la ye. Jurulatih kan dah ajar. Kami juga, masak sendiri. Barulah rasa nikmat makanan tu walaupun hanya nasi , telur bersama sardin.

Kami juga di ajar mengambil sembahyang dan sembahyang menggunakan uniform. Ala-ala tentera gitu. Tapi masa tu tak dapat rasa sebab bendera jepun sudah naik.

Pada malamnya ada aktiviti menyelamatkan mangsa. Konon-kononnya ada helikopter terhempas kat tengah hutan. So, kami semua kena cari jalan untuk selamatkan mangsa hanya menggunakan kompas. Hanya menggunakan 1 kompas dan 1 lampu suluh sahaja. Hanya wira dan wirawati terpilih sahaja yang join aktiviti ini. Yang lain jaga kem.

Kami tidur di bawah khemah yang kami buat sendiri hanya beralaskan kain khemah yang tipis. Uniform dari kepala sampai ke kaki tidak boleh di buka. Tiba-tiba rasa macam tentera pada masa itu.

Untuk melakukan akiviti rutin harian seperti membuang air besar atau air kecil, kami telah membuat lubang untuk melaksanakan rutin tersebut.

Keesokkannya balik semula ke kem dan tumbang ke atas katil dan tak sedarkan diri.

Yang paling pendek > cik paro


4 comments:

ciK LyndaWawa said...

tempat camping kita sama kan..huh..terok aaa kat sane,,,erm...xtvt dia...hehetempat ok je..

cinnamon.com said...

salam,saya dah follow kamu,
dari segmen yg sama,
wah hebat kamu ye..

Kancil 8349 said...

Kancil sudah senaraikan pasukan perkhemahan mengikut unit beruniform masing - masing...jomlah singgah ke blog Kancil

http://kancil8349.blogspot.com/2011/10/senarai-pasukan-perkhemahan-dengan.html

p/s terima kasih kerana sudi join segmen kancil...(terlupa nak ucap terima kasih)

Apple Pearl said...

wah..best..apple pun pnah jg masuk PLKN..best kan..hikhik..dah follow kamu..jgn lupa terjah blog apple ya..dari segmen yg sma..^^

http://applepearlhaira.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...