kawan baik cikparo! TEKAN...

Monday, September 5, 2011

Penangan Hantu bonceng!

Salam Syawal

Selamat bekerja bagi yang dah start kerja, Selamat menyambung pembelajaran bagi yang masih sekolah atau masih belajar di IPTA/ IPTS. Bagi yang menjadi suri rumah sepenuh masa, sila-silalah buat kerja seperti biasa.



Korang dah tengok filem 'Hantu Bonceng'? 


Tak rugi la tengok. Sabtu lepas, selepas puas beraya rumah pakcik dan makcik di JB, cik paro dan encik tunang plan nak tengok cerita ni. Bayangkan, panggung penuh. Disebabkan, hari lain dah tak de, kami pun bercadang nak tengok juga.


Kami dapat sit paling depan sekali. Dah macam tengok TV kat rumah. Bezanya, screennya besar gila. Sakit mata cik paro dan encik tunang. First time duduk sit paling depan sekali. Sakit tak sakit tengkok tengok.Harga tiket pun dah naik RM2. Tak tau la kenapa.Terkejut gak nak bayar masa tu.



gambar tak clear~~ RM14 : sit C4



Dalam best-best tengok filem ni, tiba-tiba ada sekumpulan remaja lelaki dan perempuan bergaduh, menjerit-menjerit. Ko ingat ni bapak kau punya panggung ke nak jerit-jerit. Nasib baik lah kami duduk depan sekali, tak delah hilang fokus.



Bagi sesiapa yang belum tengok, tak rugi tengok tau..Pecah perut cik paro tengok cerita. nasib baik masa tu pakai baju kurung.So, kenalah bersopan santun sikit.Kat bawah tu sinopsisnya. Silalah baca..

-
-
-
-


Sinopsis

Mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang sering terlibat dengan perlumbaan motor Drag secara haram. Cerita bermula apabila Amran memenangi satu perlumbaan drag haram dan di beri habuan seorang bohsia (Maya). Bohsia itu telah membonceng motor Amran untuk di bawa ke port. Malang tidak berbau apabila motor Amran telah dilanggar lori semasa keluar simpang.

Bohsia itu mati ditempat kejadian dan Amran telah dikejarkan ke hospital. Hidup Amran mula berubah selepas kejadian tersebut. Setiap malam Amran akan dihantui oleh Bohsia itu. Amran tension dan meminta bantuan kawan karibnya Kunyit. Mereka bersama telah berikhtiar dengan pelbagai cara untuk menghapuskan badi Amran itu. Tanpa mereka sedari, mereka mula menjadi baik dan mula menghargai kehidupan mereka dan tidak lagi terjebat dengan aktiviti yang tidak sihat itu.
Nak tau cerita seterusnya, Jom lah sama-sama kita penuhkan panggung!


10 comments:

syuzi syofia said...

byk nye entry psl kisah dorg ni... suke beno cik paro ekk.. .:P

far_east said...

best ker cik paro citer nie? dok tengok preview kat tv mmg nampak seronok jerrr...

Gen2Merah said...

saya nak tengok Juliana Evans je.. sebab dia cun.. ehe

Bell said...

hahaha..pecah panggung dibuatnyer bila bergegar satu panggung dgn gelakan para penonton.haha.

Acik said...

hahahaaa
ada gak yg bergaduh terjerit2 dlm panggung. patut kena halau kuar tu!

Sarah Mohd Saleh said...

xbeshh sgt lahh cte antu bonceng nih yunk

Si Pujangga said...

wah mcm best jek..

Gen2Merah said...

tak sempat nak tengok.. bz je ./..nhuhu

ILA HonEyBuNNy said...

ramai kata best...tak sabar la ila nak tgk balik kl neh...ehhehe

fRaMe+LenSeS said...

sakit tengkuk qohh kena dok depan. nadh enah kena dah. balik pggung, sakit tengkuk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...