kawan baik cikparo! TEKAN...

Thursday, September 1, 2011

Raya tahun 2011

Salam Syawal

Dah masuk raya ke 3.Baru nak postkan cerita pasal raya.Sangat busy kebelakangan ini.Maklumlah jadi tuan penunggu rumah.Saudara mara tak putus-putus datang.Semuanya tanya soalan yang sama.

"Dah kerja?"

"Bila nak kahwin?"

"Belajar lagi ker?"

"Tunang mana?"

Berkerut nak jawab la.Korang ni copy paste soalan ke?Tak de soalan lain  agaknya.Redha je la.Setiap kali raya tu je la soalan cepu emas yang setiap tahun wajib di soal..

Kalau korang nak tau, raya pertama je cik paro keluar beraya.KENAPA? sebab kereta tak muat.Kenapa tak muat? Sebab abang cik paro balik bawak anak bini dia dari SABAH.

Nasib baik lah raya pertama akak cik paro balik bawak kereta.Itu pun bersempit-sempit dengan anak-anak dia.Nasib baik lah anak dia masih kecil.Tak kesahlah.Janji dapat beraya kat "rumah mak".

Mak pun dulu ada pesan.Dah lama dulu.Cik paro pun tak ingat bila.

" kalau kakak dengan ngangah balik, farah kena lah layan mereka.Sebab farah kan tuan rumah"

Ye, cik paro dah tunaikan pesan mak yang satu tu.Terngiang-ngiang kat telinga ni.Kali ni cik paro tak nangis pun pergi "rumah mak". Tak nak nangis depan orang.MALU.dalam hati dah menangis da.Sebak je.Lari laju-laju.

Kita lari dari kesedihan.Mari tengok gambar raya!


see.Mak dah tiada.Yang ada mak baru.Ni keluarga cik paro yang sudah berkembang~~

Alfatihah buat mak!


3 comments:

she winter said...

al-fatihah. seronoknyaaa ^^,

Lulu Caldina said...

al-fatihah..

biasalah soalan tu..
nanti bila dah kahwin, tanya dah ada anak ke?
dah ada anak, tanya lagi, takkan 1 jer anak, tak tambah ke?
Bila dah ada anak tanya lagi, anak umur berapa? huhu

apple said...

al fatihah..

soalan yang sama di tujukan pada sy^^
aduhai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...