kawan baik cikparo! TEKAN...

Monday, September 5, 2011

Juliana Evans seram lakonkan babak nasi kangkang



Diberi kepercayaan menggalas tiga watak dalam sebuah filem bukanlah satu perkara mudah walaupun mempunyai pengalaman berlakon bertahun-tahun lamanya. Namun bagi gadis berusia 22 tahun ini akui tidak banyak menghadapi kesukaran walaupun ianya agak mencabar.
Juliana Sophie Johari Evans atau lebih dikenali sebagai Juliana Evans memegang tiga watak berbeza iaitu gadis kampung yang lurus bendul, hantu dan juga gadis jahat dalam filem terbaru arahan Ahmad Idham, "Hantu Bonceng" yang baru ditayangkan di pawagam pada 31 Ogos.
"Saya tidak hadapi banyak kesukaran sepanjang melakonkan tiga watak ini, cuma ia agak mencabar. Untuk watak hantu sahaja, saya perlu disolek berjam-jam lamanya, naik treler dan sebagainya," ujar Juliana ketika ditemui di majlis pra-tonton filem komedi seram baru-baru ini.
Walaubagaimanapun Juliana memberitahu adegan nasi kangkang benar-benar mencabar dirinya sepanjang berlakon dalam filem yang turut dilakonkan oleh Zizan Razak, Jue Aziz, Dottie dan Cat Farish ini.
Terang Juliana, "Saya terasa seram melakonkan adegan nasi kangkang itu kerana perlu menghafal mantera yang pelik bunyinya."
"Selain itu juga saya berdepan kesukaran untuk menutup mulut Zizan kerana dia tidak henti buat lawak. Ada satu masa saya terpaksa arahkannya untuk berhenti. Namun tak sampai sepuluh minit kemudian, dia akan buat lagi," seloroh penuntut Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa di Kolej Universiti Sunway ini.
Bercerita tentang pelawak Zizan, khabar angin tentang hubungan cinta antara dua teraju utama "Hantu Bonceng" sudah lama hangat diperkatakan. Malah mereka turut dilihat mesra ketika majlis pra-tonton file mini berlangsung. Namun sehingga ke hari ini, mereka berdua lebih selesa akui hanya berkawan rapat sahaja.
Pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini tidak menafikan Zizan adalah lelaki yang paling rapat dengannya pada masa sekarang dan turut mengagumi jejaka kelahiran Dungun, Terengganu yang disifatkannya seorang yang kelakar, penyayang, ambil berat, matang dan komited dengan kerjayanya.
"Kami memang rapat dan Zizan mempunyai kriteria lelaki idaman saya. Sayangnya bibit-bibit cinta antara kami masih belum berputik. Saya selesa dengan hubungan kami berdua sekarang dan tidak mahu perasaan cinta itu bakal merosakkan persahabatan kami. Mungkin saya dan Zizan telah ditakdirkan sebagai teman rapat sahaja," akhiri Juliana.

1 comment:

Gen2Merah said...

zizan and juliana... best...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...