Kali nak join contest yang memerlukan kekretifan kepala otak ni untuk berfikir menjadikan ianya sebuah cerita dongeng yang dianjurkan oleh Puan kutu dan di ilhamkan oleh Tengku puteri.
Tekan je banner kiut miut ni untuk join~~
Mari kita ikuti ceritanya~~
__________________________________________________
Alkisah terciptalah sebuah kisah...
Tengku puteri adalah seorang anak kepada Puan kutu. Disebabkan kemiskinan Puan Kutu terpaksa menyerahkan anak yang baru lahir itu kepada pasangan suami isteri iaitu Raja dan pemaisuri di Istana Cinta.
Setelah 20 tahun terpisah, Puan Kutu bercadang untuk mencari anaknya kembali. Rindu sentiasa menyelubungi hidup Puan Kutu terhadap anaknya walaupun dia tidak pernah membesarkannya. Cukuplah sembilan bulan 10 hari Puan Kutu menjaganya. Kasihnya terhadap Tengku puteri tidak pernah berbelah bahagi.
Puan kutu mula mencari anaknya di laman sosial Facebook. Dia merasa, pasti anak daranya itu menggunakan Facebook. Yelah, tak nak lah orang kata ketinggalan zaman. Puan kutu, membuat akaun Facebook sambil dibantu anak jirannya cik paro. Akhirnya Puan Kutu mempunyai akaun Facebook. Wah canggih juga mak-mak zaman sekarang ni.
Tidak cukup dengan facebook, Puan Kutu membuat blog dan menyiarkan kisah hidupnya serta tujuan utamanya berblog. Puan Kutu tidak pernah kenal erti putus asa. Akhirnya Puan Kutu dapat juga berjumpa Tengku Puteri melalui alam maya iaitu di alam blog.
Pada mulanya Tengku Puteri tidak dapat menerima kehadiran Puan Kutu dalam kehidupannya. Yelah, dah hidup mewah, manalah nak terima ibunya yang hidup dalam kemiskinan.
"Kau siapa?Senang-senang je ngaku aku anak kau!"
"Nak, ni ibu nak. Cuba tengok loket di rantai kamu.Cuba buka.."
Mereka saling membalas di ruangan shoutmix.
Lalu, Tengku Puteri pun membuka loket di rantai yang telah di pakai sekian lama. Ada gambar di dalamnya. Tengku Puteri membelek gambar tersebut sambil membezakan gambar di blog Puan Kutu.
"Sama..Cuma yang ni masih muda" Tengku puteri berkata dalam hatinya.
Tengku Puteri memberanikan diri bertanya kepada ayahanda dan bondanya di Istana Cinta. Dan mereka mengiyakan setiap soalan yang lahirnya dari mulut Tengku Puteri.
Akhirnya terjawab sudah bahawa Puan Kutu adalah ibunya.Tengku Puteri membuat temujanji untuk bertemu Puan Kutu.Puan kutu sangat bahagia. Mereka berjumpa dan Tengku Puteri telah membelikan ayam KFC kegemaran Puan Kutu yang sekian lama tidak pernah dijamahnya. Puan Kutu gembira.
Tengku Puteri, membawa ibunya Puan Kutu untuk tinggal bersama-samanya di Istana Cinta.Mereka saling mengupdate blog masing-masing bersama. Setiap kehidupan mereka, mereka rakamkan dan di simpan di dalam blog ciptaan mereka. Puan Kutu juga, belajar membuat doodle yang di ajar oleh anaknya Tengku Puteri. Maka, hiduplah mereka dengan aman damai.
Dah habis..
___________________________________________________________
“Contest ini adalah anjuran Tengku Puteri & Puan kutu dan hadiah utama di taja oleh tetikusrusak.net”
9 comments:
wah..dasat2..all da best!
ifa skrg mood ke laut..T_T
owh..happy ending.
MOHD NASER.com
kreatif la cik paro...kalau saya mesti puas nak perah idea..neway gud luck cik paro.
sgt hepy membacanya.kreatif cik paro...tq sudi join n gudluck yer!
wah..best2..mencuit hati betol...tima kasih ye cik paro sudi join...gud luck!
hehe...kreatif2..best baca:)good luck cik paro:)hehe
salam cik paro minta tolong letak link penaja dipenghujung entri.tengok syarat yg telah di tambah..maaf atas kesulitan.tq
ok well done..tq cik paro..:)
rajinnye awok bg link kt semua nama pn kutu ngn tengku puteri .. hehe , anyway, smoga berjaya
Post a Comment