kawan baik cikparo! TEKAN...

Tuesday, September 27, 2011

Norman Hakim terharu keikhlasan hati Abby Abadi






27 Sep – Meskipun kontroversi yang melanda Norman Hakim dan Memey Suhaiza telah meretakkan rumah tangga antara Norman dan Abby Abadi dua tahun yang lalu, Abby tetap merelakan kedua anaknya, Mohamed Danish dan Marissa Dania menghadiri majlis pernikahan bapa mereka itu yang berlangsung di Johor, Sabtu lalu.
Malah bekas suami Abby turut terkejut dengan keputusannya itu namun tetap terharu dengan keikhlasan Abby yang mengizinkan mereka hadiri di hari bahagianya. Norman juga mengakui tidak tidak terfikir untuk membawa anak-anaknya pada majlis akad nikah tersebut kerana merancang untuk membawa mereka pada majlis resepsi yang akan berlangsung di Kuala Lumpur nanti.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Abby kerana dia yang menyediakan pakaian untuk dipakai oleh anak-anak pada majlis pernikahan hari ini. Saya tidak terfikir langsung untuk membawa mereka ke sini hari ini tetapi Abby yang cadangkan saya bawa mereka. Malah dia sendiri yang bangun awal pagi sediakan baju yang anak-anak," ujar Norman ketika sidang media sejurus selepas majlis akad nikah selesai.
Di samping itu Norman turut berasa lega kerana hubungan keruh antaranya dan Abby sebelum ini telah beransur baik memandangkan masing-masing sudah dapat menerima ketentuan takdir yang tertulis. Tambah aktor berusia 35 tahun ini, peredaran masa sedikit "Saya lihat hubungan saya dan Abby sekarang ini semakin baik. Peredaran masa membuatkan masing-masing menerima segala yang berlaku. Walaupun kini saya bergelar suami kepada Memey, namun itu tidak bermakna Abby tidak boleh menghubungi saya lagi.
"Saya juga tidak kisah jika Abby ingin berkongsi sebarang masalah dengan saya. Kami memang telah berpisah tetapi hakikatnya kami tetap ada hubungan sebagai ibu dan bapa kepada tiga orang anak kami," akhiri Norman.
Norman dan Abby disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur pada 2008 selepas bercerai buat kali pertama pada 5 Mei 2006. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania,6, dan Maria Danisha,3.

2 comments:

Ce'gu JAERA said...

Alhamdulillah, terlerai juga akhirnya persengkataan mereka berdua kan... semga Abby dan Norman akan lebih berbahagia dengan kehidupan masing2

Unknown said...

dah jodoh mereka kan, seperti pepatah ikan di laut asam di darat, dalam periuk bertemu juga... anda di tag dalam segmen ni:

http://sun3tpini.blogspot.com/2011/09/segmen-wardah-alisya-pencarian-bermula.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...