kawan baik cikparo! TEKAN...

Sunday, August 7, 2011

Lung Cancer

Salam Ramadan

Nak kongsi ILMU mengenai:

 Lung Cancer 



DEFINISI

Lung  Cancer merupakan pertumbuhan sel-sel yang tidak normal dan tidak terkawal di sebelah atau kedua-dua belah paru-paru.  Berlaku apabila sel-sel di paru-paru mula membiak tanpa kawalan dan kemudian merebak berdekatan tisu-tisu atau ke seluruh badan.

JENIS LUNG CANCER 

 Kanser paru-paru secara amnya dibahagikan kepada 2 jenis yang utama iaitu:-
Ø   kanser sel kecil paru-paru (small cell lung cancer)
Ø   kanser sel bukan-kecil paru-paru (non-small cell lung cancer). 


ETIOLOGI

~  Merokok atau pendedahan ke asap rokok. Risiko yang lebih tinggi jikalau menghisap rokok dibanding dengan menghisap cerut atau paip.


~  Pendedahan ke bahan kimia industri : Asbestos adalah satu dari bahan kimia yang diketahui, gas radon, kadmium, nikel, bahan kimia industri, tar dan habuk karbon.


~  Pendedahan terhadap karsinogen yang hadir dalam alam sekitar dan di tempat kerja dan perokok lebih berisiko jika didedahkan ke bahan kimia industri tersebut dan pencemaran atmosfera.
~  Faktor genetik juga memainkan peranan kerana hanya seorang dari sepuluh perokok yang menghidap penyakit ini.
~  Sejarah keluarga dan peribadi seperti mempunyai ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa, abang, kakak atau adik yang pernah menghidap kanser paru-paru.
~  Parut pada paru-paru ,mereka yang memiliki parut pada paru-paru yang disebabkan oleh penyakit saluran udara kronik seperti bronkitis atau emfisema lebih mudah memperolehi kanser paru-paru. Kanser ini lebih cenderung untuk terbentuk di kawasan yang berparut.



 CLINICAL MANIFESTATION

1)    Cough
2)    Dypsnea
3)    Hemoptysis atau batuk berdarah – berketul dan berwarna pekat
4)    Batuk yang berlarutan
5)    Infeksi pada salur penafasan dan paru-paru
6)    Suara menjadi kasar
7)    Fatigue
8)    Weakness
9)    Loss of weight
10) Sakit-sakit tulang
11) Sakit tulang belakang
12) Chest pain
13)  Anorexia
14) Fever
15) wheezing

RAWATAN

1)    Pembedahan
- Ia adalah spesifik kepada lokasi kanser
2)    Terapi radiasi
- Ia dilakukan sebagai prosedur atau rawatan bantuan yang dijalankan selepas pembedahan bagi memusnahkan sel kanser yang tertinggal selepas pembedahan.
- Ia adalah bertujuan untuk mematikan sel kanser .
3)    Chemotherapy
-  Dilakukan sebelum dan selepas pembedahan.
 Biasa dilakukan pada peringkat metastatik.
4)    Bronkiol therapy
  Menggunakan sumber radioaktif yang kecil
 Ia dimasukkan ke dalam bronkus dan di letakkan secara langsung ke dalam lumen yang bertentangan dengan ketumbuhan.

KOMPLIKASI

1)    Respiratory insufficiency
2)    Pneumonia
3)    Death

LANGKAH PENCEGAHAN

1)    Berhenti merokok
2)    Jauhkan diri dari perokok
3)    Ambil makanan yang tinggi beta-carotena – ditukarkan kepada vitamin A dalam tubuh ( lubak merah, brokoli, bayam.
4)    Hidup aktif
5)    Dapatkan rehat yang secukupnya

P/s:  sempena bulan RAMADAN yang mulia ini, bagi perokok tegar, Lipatgandakan usaha untuk berhenti dari merokok!





2 comments:

Hans Hanis said...

nasib den tak merokok

ILA HonEyBuNNy said...

takootnya..

kaum adam kena baca neh..tapi skrg perempaun pun ada merokok kan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...