22 Ogos - Tahun 2011 merupakan tahun yang paling menggembirakan buat pengacara dan pelakon Sazlini Shamsul Falak atau lebih dikenali sebagai Sazzy Falak dan suami, Nazril Idrus untuk menyambut Hari Lebaran. Ini kerana ia merupakan pertama kali selebriti kecil molek ini meraikannya bersama pasangan anak kembar perempuan mereka, Imaan Lily dan Tiara Rose.
Sazzy ketika dihubungi mengakui sangat teruja untuk menyambut Aidilfitri lebih-lebih lagi ketika membuat persiapan buat anak-anak kecilnya yang bakal berusia empat bulan pada 24 Ogos ini.
"Sudah pasti Sazzy dan suami rasa sangat teruja dan gembira kerana dapat menyambut bersama Imaan dan Tiara. Saat yang paling menyeronokkan adalah ketika memilih baju raya untuk mereka,"ujar pelakon "Tolong! Awek Aku Pontianak" ini.
Tambahnya lagi, "Sazzy dah menempah baju warna sedondon iaitu hijau pudina untuk kami sekeluarga."
Ditanya lagi tentang persiapan serta juadah wajib ketika Lebaran, Sazzy, 30, memberitahu: "Ayam Calio iaitu ayam rendang berkuah resepi nenek adalah satu juadah yang wajib setiap tahun."
Meminati lagu raya klasik nyanyian Anuar Zain dan Elina, "Seloka Hari Raya", Sazzy berkata dia bakal beraya di kediaman keluarganya di Kuala Lumpur. Sazzy turut memberitahu sepanjang bulan Ramadan ini, dia hanya sibuk dengan sesi penggambaran serta menghadiri undangan majlis iftar sambil tidak lupa beramal di bulan yang penuh keberkatan ini
8 comments:
cantik Sazzy sejak jadi ibu ni..
bestnye ada ank kembar..
suke la ngn sazzy nih..dye blakon nice sgt dlm tlg awek ak ponti..huhu
dah macam nama bunga lakkk anak2 dia nie hehe...
suka sazzy falak....dia cam low profile kan...;)
diorg ni pasangan yang comelkan..
salam syawal..nk doodle free di hari raya jom laaa
suami hensem
isteri cantik
anak2 cute
wah2...
happynya...dah la anak kembar kan....
comel3.nama pun sedap...
Post a Comment